Nidzam berpuas hati prestasi semasa Felda United

282

PENGENDALI Felda United, Mohd Nidzam Jamil tetap berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemainnya walaupun sekadar meraih dua mata selepas dua perlawanan Liga Super.

Jelasnya, tidak tewas pada perlawanan menentang PKNP FC pasukan kuat juga pada saingan Liga Super adalah keputusan positif.

“Kita melakukan sedikit kesilapan dalam percaturan pemain sehingga menyebabkan pelawat menguasai perlawanan pada separuh masa pertama,” katanya.

Sementara itu, Nidzam amat teruja dengan semangat juang semua pemain apabila mereka bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menyamakan kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

“Saya lihat pemain import kami masih belum mempamerkan kemampuan sebenar terutama Jaycee Okwunwanne serta Jocinei Schad dan saya harap mereka tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan rentak,” jelasnya.

Komen anda