Olahraga Remaja Asia: Mohd Irfan hadiahkan kilauan emas buat negara

1096

Foto: MSN

ATLET muda negara, Mohd Irfan Izzan Mohd Fetry mempamerkan aksi cemerlang selepas menyumbang pingat emas pertama negara pada edisi ketiga Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Tseung Kwan O Sports Ground, Hong Kong.

 

Anak jati Perak itu mencatat masa 13.60 saat untuk meraih emas, manakala pingat perak dan gangsa, masing-masing diraih Kentaro Soga dari Jepun dan Mark Brian Louis dari Singapura dengan catatan 13.64 saat dan 13.74 saat, menurut laman sesawang ;www.ayc19.hkaaa.com.

 

Malaysia hanya menghantar empat atlet sahaja pada kejohanan dwitahunan itu yang disertai 436 atlet dari 31 negara Asia, anjuran Persatuan Olahraga Amatur Hong Kong (HKAAA) yang bermula secara rasmi semalam.

 

Edisi pertama kejohanan berlangsung di Doha, Qatar pada 2015 manakala edisi kedua diadakan di Bangkok, Thailand pada 2017. –  Bernama

Komen anda