Pahang dipaksa kerah keringat sebelum mara

2010

PENYANDANG juara Piala FA musim lalu, Pahang terpaksa memerah keringat untuk melangkah ke peringkat suku akhir selepas sekadar menang tipis 1-0 ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC pada aksi pusingan ketiga di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.

Gol tunggal pelawat dijaringkan Ketua pasukan, Matthews Davies pada minit 85 dalam perlawanan yang dilihat lebih didominasikan Tok Gajah.

Mempertaruhkan kesebelasan utama sama seperti aksi menentang PKNS FC dalam saingan Liga Super Ahad lalu, anak didik Dollah Salleh buntu memecah kekebalan benteng tuan rumah sepanjang 15 minit pertama.

Sebaliknya UKM FC hampir berada dihadapan pada minit ke 18 melalui Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman namun tendangan pemain tengah tersebut berjaya dinafikan penjaga gawang Tok Gajah, Mohd Helmi Eliza Elias.

Percubaan tersebut nyata memberi tamparan buat pelawat dan mereka hampir seharusnya berada dihadapan selang tiga minit kemudian namun sepakan lemah Dickson Nwakaeme berjaya ditangkap kemas Khatul Anuar Md Jalil.

Berbaki separuh masa pertama kedua pasukan terus buntu menjaringkan gol walaupun memiliki beberapa peluang namun ketumpulan jentera serangan memastikan keputusan seri tanpa jaringan pada 45 minit pertama.

Memasuki babak kedua, Pahang tidak memunggu lama untuk memberi tekanan kepada tuan rumah dan mereka hampir didepan namun sepakan gunting Jose Eduardo atau Ze Love pada minit 53 terkena tiang ketika Khatul sudah pun tertewas.

Anak didik Sulaiman Hussin turut memiliki peluang menjaringkan gol pada minit ke 60 namun rembatan ketua pasukan Asnan Ahmad yang tidak dikawal dalam kotak penalti tersasar dari gawang gol.

Gol yang dicari Pahang akhirnya menjelma pada minit ke 85 melalui Matthew Davies yang memastikan kemaraan Pahang ke peringakt suku akhir Piala FA 2019.

Komen anda