Pang Ron, Yee See pamer belang pada Terbuka Hyderabad

52

BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See merangkul kejuaraan badminton Terbuka Hyderabad selepas menewaskan pasangan Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso pada final di Stadium Tertutup Gachibowli, Hyderabad, India, hari ini.

 

 

Pasangan nombor 57 dunia itu bangkit selepas ketinggalan set pertama untuk merakamkan keputusan 16-21, 21-15 dan 21-11 pada final kejohanan Jelajah BWF berstatus Super 100 itu.

 

 

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki negara Lim Chong King dan pemain wanita S. Kisona menjuarai kejohanan Terbuka Hellas 2019 di Sidirokastro, Greece, hari ini.

 

 

Chong King, yang mara dari pusingan kelayakan, berjaya mengalahkan rakan senegara, Aidil Sholeh Ali Sadikin 8-21, 21-13, 21-15 dalam pertarungan hampir sejam manakala Kisona, mengalahkan pilihan ketiga, Thet Htar Thuzar dari Myanmar 21-14, 21-19 di pentas final

Komen anda