Pelumba Cub Prix kemalangan

675

PELUMBA Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Mohd Hafiz  Nor Azman terbabit kemalangan ketika perlumbaan CP150 akhir Kejuaraan Petronas AAM Malaysia Cub Prix Pusingan Ke-10 Musim 2018 di Dataran Bandar Penawar, Kota Tinggi, petang tadi.

Bagaimanapun status mangsa yang berusia 22 tahun dan berasal dari Simpang Pulai, Ipoh,  itu belum diketahui malah tiada kenyataan rasmi dikeluarkan penganjur atau pengesahan daripada polis.

Berdasarkan satu klip berdurasi 40 saat yang memaparkan kejadian terbabit, kemalangan bermula dengan rakan sepasukannya dari Terengganu, Ahmad Afif Amran melanggar papan penghadang iklan litar sebelum disusuli oleh Md Hafiz.

Pelumba berbakat terbabit antara peserta yang mencuri tumpuan dalam pusingan terakhir kejuaraan berkenaan malah mensasarkan mahu terus mengekalkan kedudukan selaku pelumba ketiga terbaik keseluruhan bagi kelas perdana CP150.

BERITA AKAN MENYUSUL…

Komen anda