Pencapaian Barcelona memalukan: Laporta

48
Laporta menyifatkan kegagalan Barcelona mempamerkan aksi cemerlang di pentas Liga Juara-Juara pada musim ini amat memalukan.

PRESTASI gergasi La Liga, Barcelona pada saingan domestik dan antarabangsa pada musim 2018/19 disifatkan sebagai amat memalukan

Bekas presidennya, Joan Laporta berkata, prestasi kelab besar seperti Barcelona pada musim ini berada di bawah par berbanding musim lalu walaupun berjaya menjuarai kejuaraan La Liga.

Menurutnya, pada musim 2017/18 skuad Blaugrana berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai La Liga dan Piala Raja Sepanyol walaupun kelab Catalan itu di label gagal setelah kecundang di pentas Liga Juara-Juara.

“Kejuaraan Liga Juara-Juara sememangnya menjadi kayu pengukur kepada kelab besar seperti Barca, tapi musim ini Barca hanya mampu berada di pentas empat terbaik selepas dikecewakan 4-0 Liverpool di Anfield.

“Sangat memalukan apatah lagi dengan barisan pemain berkualiti dimiliki kami masih berada dalam situasi sama seperti musim lalu sekaligus ini bukan identiti sebenar Barcelona,” katanya semasa Open Day of the Cruyff Foundation.

Komen anda