Pengadil digantung seumur hidup

332

PENGADIL dari Tanzania, Oden Charles Mbaga digantung seumur hidup dan dikenakan denda 200,000 Swiss francs (RM812,712) selepas didapati menerima rasuah bagi memanipulasi perlawanan bola sepak.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan memberitahu jawatankuasa etika badan induk itu mendapati Mbaga bersalah menerima rasuah yang melanggar kod etika FIFA selepas penyiasatan dilakukan Julai tahun lalu.

Dalam satu e-mel kepada Reuters, FIFA berkata, Mbaga “menerima rasuah untuk memanipulasi beberapa perlawanan tempatan dan antarabangsa antara tahun 2009 dan 2012.”

Mbaga pula memberitahu Reuters yang beliau telah disoal siasat oleh FIFA pada 2010 tetapi tidak menerima sebarang makluman sejak itu dan tidak tahu tentang kes mengatur perlawanan berkenaan.

“Ini adalah berita mengejutkan buat saya. Saya tak tahu langsung mengenai saya digantung daripada aktiviti bola sepak untuk seumur hidup. Saya memang langsung tidak tahu tentang ini.

“Saya tahu FIFA melakukan penyiasatan dan kali terakhir mereka menemuramah saya tentang isu ini (rasuah) pada 2010. Saya memberitahu mereka secara terbuka saya tahu tentang mengatur perlawanan dan sejak itu, saya tidak pernah mendengar apa-apa berita daripada mereka.

“Buat masa ini, saya tak boleh kata apa-apa kerana saya tak dapat maklumat jelas,” katanya.

Komen anda