Pepe selangkah ke PSG

41

PARIS Saint Germain (PSG) mungkin menjadi destinasi baharu buat pemain sayap Lille, Nicolas Pepe musim depan.

Ejen kepada pemain itu, Samir Khiat berkata, PSG antara pasukan yang serius memburu pemain berusia 24 tahun itu.

“Bagaimanapun, Pepe masih belum membuat keputusan pasukan mana yang menjadi pilihannya. Dia masih terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pasukan.

“Matlamatnya adalah memastikan Pepe ke pasukan yang betul untuk memastikan kariernya terus berkembang.

“Saya tidak menolak PSG mempunyai kemungkinan besar mendapatkan Pepe, tetapi saya tidak dapat memberikan jaminan,” katanya.

Selain PSG, Pepe juga turut dikaitkan ke Anfield selepas juara Liga Juara-Juara Eropah itu turut menyatakan minat mendapatkan khidmatnya.

Malah, Presiden Lile, Gerard Lopez dikatakan sudah berbincang dengan Liverpool mengenai pembelian pemain itu.

“Satu perbincangan dibuat dan Pepe mungkin akan memberi jawapannya dalam masa terdekat,” katanya yang memberi gambaran nilai perpindahan pemain itu berjumlah sekitar €65 juta (RM302 juta).

Komen anda