Piala Sultan Azlan Shah: Jepun lepas geram benam Poland

1030

JUARA Sukan Asia 2018, Jepun membenam Poland 6-1 pada perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 hari ini.

Dalam aksi di Stadium Azlan Shah di sini petang ini, Poland yang gagal melakar sebarang kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini membuat kejutan apabila membuka jaringan pada minit ke-31 menerusi Mikolaj Gumny hasil gol padang.

Tersentak dengan gol itu, Jepun menyamakan kedudukan pada minit ke-46 menerusi gol padang Kentaro Fukuda sebelum negara Matahari Terbit berkenaan mendahului tiga minit kemudian menerusi Kato Ryosei.

Harapan pasukan Poland untuk menyamakan kedudukan semakin goyah apabila Hirotaka Wakuri menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-51 untuk gol ketiga Jepun.

Pasukan bimbingan Karol Sniezek dilihat semakin tertekan apabila Fukuda sekali lagi membolosi gawang Poland menerusi gol padang pada minit ke-54.

Tiga minit sebelum wisel tamat perlawanan dibunyikan, Jepun beroleh dua gol lagi, masing-masing menerusi Wakuri dan Suguru Hoshi pada minit ke-57.

Komen anda