Poncharal hairan prestasi turun naik Hafizh Syahrin

387
FOTO: RED BULL KTM TECH3

PENGURUS KTM Tech3, Herve Poncharal menyifatkan catatan masa Hafizh yang ketinggalan jauh 67.6989 saat berbanding pelumba Suzuki dari Sepanyol, Alex Rins yang menjuarai Grand Prix (GP) Amerika Syarikat sebagai mengecewakan.

Jelas, Poncharal beliau sendiri tidak memahami apa yang berlaku kepada naib juara muka baharu terbaik musim lalu itu yang sehingga kini dilihat masih belum menemui rentak bersama jentera KTM.

“Kami tahu potensi yang ada pada Hafizh, tetapi saya tidak faham prestasinya turun naik. Ada masa dia beraksi baik dan ada masa dia tidak seperti diharapkan.

“Saya juga agak pelik bagaimana dia boleh tertinggal jauh dari segi catatan masa pada setiap pusingan bersama pelumba lain? Di akhir perlumbaan anda boleh lihat sudah tidak ada pelumba lagi di hadapannya dan itu menyebabkan motivasinya semakin luntur.

“Ya, memang masih lagi di awal musim, tapi kami mahu Hafizh segera menunjukkan progres dan peningkatan yang lebih baik selain kurangkan jurangnya dengan rakan sepasukannya (Miguel Oliviera),” katanya

Komen anda