Port Dickson tuan rumah kejohanan bola tampar pantai 3 bintang

55

PANTAI Saujana, Batu 4 di Port Dickson akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Tampar Pantai Jelajah Dunia FIVB peringkat tiga bintang yang pertama bagi lelaki dan wanita bermula 30 April hingga 4 Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutif NBL Asia Sdn Bhd Tan Kee Hian berkata, Port Dickson Beach Open 2019 itu akan menyaksikan penyertaan atlet dari lebih 33 negara termasuk pemenang pingat emas Olimpik seperti Kerri Walsh Jennings dan Alison Cerutti.

“Program ini bertujuan memberi pengalaman hebat dan menjadi suri teladan kepada masyarakat khususnya untuk menggalakkan lebih ramai belia Malaysia menyertai permainan bola tampar. Ia juga peluang baik untuk menarik minat orang muda belajar daripada atlet profesional,” katanya kepada pemberita pada sidang media kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$75,000 di sini baru-baru ini.

Kemasukan adalah percuma dan maklumat lanjut boleh didapati di http://worldtour.2019.fivb.com/en/702 dan laman Facebook FIVB World Tour Port Dickson Beach Open 2019.

Kejohanan itu dianjurkan oleh NBL Asia Sdn Bhd yang dibawakan oleh Seri Mutiara Development Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) dan majlis perbandaran dengan sokongan kerajaan Negeri Sembilan.

Komen anda