Rafdi, Akhyar Rashid akui kesilapan..Mohon maaf kepada….

50087
FOTO: KFA

FOTO: KFA

“Kalaulah Akhyar menghormati saya sebagai ejennya yang sah, tiada ganti rugi yang perlu dibayarnya seperti sekarang”.

 

Itu luahan Wan Mohd Anwari Wan Amran, ejen mewakili Marquee Sports Management (MSM), pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan karier Akhyar Rashid sehingga akhir bulan ini.

 

Wan Mohd Anwari atau Ari berkata, sikap endah tak endah Akhyar berkaitan kontraknya bersama MSM menjadi punca utama kemelut ini hingga membuatkan beliau terpaksa membayar harga mahal untuk menyelesaikan perkara ini di luar tanpa melibatkan tindakan undang-undang.

 

Bagaimanapun, Ari tetap merakamkan penghargaan kepada pihak Akhyar yang diwakili abangnya, Rafdi Rashid kerana sudi menamatkan segala ‘drama’ di antara kedua-dua pihak dan mengakui kesilapan mereka.

 

“Rafdi dan Akhyar mengakui kesilapan di pihak mereka dan telah meminta maaf di atas segala yang berlaku membabitkan kami selama ini.

 

“Saya terima kekhilafan itu dan sedia melupakan apa yang berlaku. Kiranya sekarang kami dah 0-0 dan saya juga tidak mahu kemelut ini terus menjejaskan karier Akhyar.

 

“Tapi walau apa pun, saya tetap akan menuntut hak saya sebagai ejen yang sah yang mana Rafdi sendiri telah bersetuju untuk membayar segala pampasan ganti rugi di pihak MSM,” katanya.

 

Sebelum ini, MSM mendedahkan kepada Sukan Sinar berlakunya pencabulan kontrak oleh Akhyar dengan ejennya apabila bintang muda itu mengambil ‘jalan belakang’ untuk menyertai pasukan lain tanpa berbincang.

 

Tindakan tidak profesional itu membuatkan pihak MSM bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang kepada Akhyar.

 

Komen anda