Ramos sengaja kutip kad kuning?

359

KAPTEN Real Madrid, Sergio Ramos didakwa Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas dikatakan sengaja mengutip kad kuning pada aksi pertama Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara menentang Ajax Amsterdam minggu lalu.

Ramos akan terlepas aksi kedua di Santiago Bernabeu, 6 Mac ini selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-89 ketika Real meraih kemenangan 2-1 dalam aksi pertama di Amsterdam itu.

Dalam satu wawancara, Ramos mendedahkan dia sengaja melakukan kesalahan itu bagi mengelakkan risiko digantung pada aksi separuh akhir walaupun dia kemudiannya menafikan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, UEFA telah menjatuhkan dakwaan terhadap Ramos kerana sengaja meraih kad kuning di bawah Badan Pengawalan, Etika dan Disiplin untuk mengadakan sesi pendengaran mengenai kes itu hari ini.

“Kebenarannya adalah berpandukan kepada keputusan, saya akan berbohong jika berkata ia tiada dalam fikiran saya.

“Ia tidak berniat untuk memandang rendah pihak lawan tetapi kadangkala ada masanya keputusan perlu dibuat dan saya sudah melakukannya,” kata Ramos.

Musim lalu, UEFA menjatuhkan hukuman gantung dua perlawanan terhadap tonggak pertahanan tengah Real, Dani Carvajal atas kesalahan sengaja mengundang layangan kad pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Komen anda