Ramsey, Jeventus kian dekat

366

BOS Arsenal, Unai Emery akhirnya bersuara mengenai berita perpindahan Aaron Ramsey ke Juventus bagaimanapun mengharapkan isu masa depan itu tidak akan mengganggu fokus Ramsey bersama The Gunners.

Kontrak Ramsey dengan Arsenal hanya bakal pada musim panas ini dan situasi itu menyaksikan Ramsey semakin dekat dengan jalan keluar dari Stadium Emirates.

Juventus adalah kelab terpantas yang dikaitkan dengan Ramsey apabila mendakwa telah mencapai persetujuan peribadi dengan pemain tengah antarabangsa Wales itu.

Ketika isu perpindahan masih belum benar-benar berlaku, Emery berharap Ramsey akan tetap fokus pada Arsena selain menuntut komitmen penuh pemain terutamanya menjelang perlawanan menentang West Ham.

"Saya memberitahu dia setiap hari bahawa kita memerlukan khidmatnya. Dalam perlawanan terakhir (menentang Blackpool di Piala FA), saya amat gembira dengan persembahannya

"Saya bertanya di Blackpool jika tidak mengapa jika dia membantu kami bermain dan dia berkata: 'Ya, saya mahu bermain' dan dia bermain dengan sikap yang sangat baik dan komited ," kata Emery seperti dilaporkan oleh ESPN FC.

"Masa depannya adalah urusannya, keluarganya dan ejennya, setiap hari dia berada di sini bersama kami, dia bekerja dengan baik, saya senang dengan sikapnya dan mahu dia fokus pada perlawanan menentang West Ham.

"Saya benar-benar menghormati keputusannya, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang situasi ini. Perkara yang paling penting ketika ini ialah Aaron Ramsey masih bersama kami.

"Saya sangat menghormati masa depannya kerana dia mempunyai keputusan yang sangat peribadi tetapi dia tetap bersama kami setiap hari, dan saya ulangi saya sangat gembira dengannya," katanya.

Komen anda