Rashford harus cetak 20 gol

23
Solskjaer (kiri) telah menetapkan sasaran khusus buat Rashford musim ini.

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah menetapkan sasaran 20 gol yang perlu dicapai penyerang mudanya, Marcus Rahford sepanjang musim 2019/2020.

Justeru, Rashford dijangka berpeluang untuk membuat lebih banyak penampilan berbanding musim-musim sebelumnya memandangkan penyerang berusia 21 tahun itu kini bertindak sebagai 'mesin gol' baharu buat United.

Solskjaer meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap di Rashford musim ini selepas penyerang kelahiran Belgium, Romelu Lukaku berpindah ke Inter Milan.

Menurut laporan media tempatan, Solskjaer telah meminta Rashford mencetak sekurang-kurangnya 20 gol dalam semua pertandingan sepanjang musim ini. Solskjaer tidak mempunyai sebab lain selain mahu Rashford membuktikan kemampuan dirinya sendiri selepas Lukaku tidak lagi bersama United.

Musim lalu, Rashford telah menjaringkan 13 gol dalam semua pertandingan di mana 10 daripadanya dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) – rekod terbaiknya sejak dinaikkan pangkat ke skuad utama pada awal 2016. Sehingga kini Rashford telah beraksi dalam 171 perlawanan dengan meledak 47 gol.

Sasaran yang diletakan Solskjaer buat Rashford musim ini telah menunjukkan perkembangan cukup positif pada aksi pembukaan EPL ketika United melayan kunjungan Chelsea Ahad lalu. Pada perlawanan itu, Rashford berjaya menyumbang dua gol ketika membantu pasukannya meraih kemenangan 4-0 di Old Trafford.

Komen anda