Red Bull sedia dominasi F1

279
Red Bull diyakini semakin hampir untuk mengurangkan jurangnya dengan dua pasukan terbaik Formula 1 (F1), Mercedes dan Ferrari untuk musim 2019.

Bos Red Bull, Christian Horner berkata, pihaknya percaya Red Bull yang sebelum ini dianggap pasukan pelengkap akan menjadi satu kuasa besar F1 musim 2019 dan tidak mustahil untuk mereka merampas takhta daripada dua pasukan besar itu.

“Ferrari mendominasi sesi latihan kedua, manakala Mercedes sebagai juara bertahan juga menunjukkan mereka sama sekali tidak merudum. Jadi,kami tidak terkejut dengan perkara itu.

“Cuma, bagi saya, secara peribadi Red Bull sudah mengurangkan jurang dengan dua pasukan besar ini. Kita tidak hanya melihatnya ketika pra musim di Melbourne kerana litarnya yang unik, tetapi saya mahu anda berjumpa saya kembali selepas tiga perlawanan dan lihat sendiri bagaimana Red Bull bersaing,” katanya

Jelasnya, jentera Red Bull musim ini tampak lebih mantap dengan kemasukan enjin baharu daripada Honda.

Malah, beliau turut menyifatkan pemasangan unit kuasa daripada Jepun itu menjadikan jentera Red Bull musim ini antara yang pernah disaksikannya.

“Enjin itu telah mengubah keseluruhan pasukan, termasuk pereka kami, Andrian Newey. Adrian mendapat motivasi yang lebih baik daripada enjin ini dan itu membuatkan seluruh pasukan mahu bekerja keras.

“Diharapkan, kami dapat menjadikan musim ini lebih baik. Buat masa ini, sasaran kami ialah untuk memberikan saingan kepada Mercedes dan Ferarri,” katanya.

Musim ini, Red Bull akan diperkuatkan oleh Max Verstappen and Pierre Gasly selaku pelumba yang akan memburu kejuaraan untuk pasukan itu.

Komen anda