Robben:Saya mungkin bersara

178
Robben mungkin bersara selepas kontrak bersama Bayern berakhir.

ARJEN Robben mungkin akan mengambil keputusan bersara daripada karier bola sepak selepas kontraknya bersama Bayern Munich berakhir penghujung musim ini.

Menurutnya, dia masih belum memikirkan keputusan muktamad, namun bersara antara pilihan yang dirasakan sesuai buat dirinya.

"Saya masih belum ada destinasi selepas kontrak saya berakhir.Saya juga terlambat membuat keputusan kerana kecederaan yang dialami.

"Diharap saya mampu buat keputusan dalam satu atau dua minggu ini tetapi saya tidak boleh berjanji.

"Ini bukan pilihan mudah. Keputusan yang perlu saya buat secara keseluruhan kena tepat. Bukan hanya fikir mengenai bola sepak tetapi juga keluarga saya.

"Keputusan paling mudah adalah berhenti tetapi saya tidak tahu adakah berani lakukannya," katanya.

Kontrak pemain berusia 35 tahun itu bersama Bayern tidak disambung.

Selama 10 tahun mewakili Die Roten, Robben menyumbangkan sebanyak 18 trofi untuk kelab dan salah satunya adalah trofi Liga Juara-juara pada 2013.

Komen anda