‘Rossi, Marquez hanya pura-pura baik’

270

Gara-gara dilihat berjabat tangan di MotoGP Argentina, Valentino Rossi dan Marc Marquez dikatakan sudah berdamai dan melupakan permusuhan lalu.

Ini selepas kamera merekodkan kedua-dua pelumba itu bersama-sama naik ke podium sambil bersalaman dalam perlumbaan yang dimenangi Marquez, manakala Rossi di tempat kedua.

Bagaimanapun, baru-baru ini, bapa kepada Rossi, Graziano tampil mendedahkan keraguannya bahawa hubungan kedua-dua pelumba itu kembali jernih.

“Sejujurnya saya berharap kedua-dua mereka bersamai. Tapi daripada apa yang saya lihat, keadaannya belum lagi ke arah itu,” katanya.

Hubungan di antara pelumba Yamaha dan Repsol Honda ini semakin keruh pada perlumbaan GP Argentina musim lalu yang mana Marquez dikatakan telah menghimpit Rossi hingga menyebabkan Rossi gagal menamatkan perlumbaan.

Marquez bagaimanapun datang ke kem Yamaha selepas perlumbaan itu untuk memohon maaf, bagaimanapun beliau diusir oleh pasukan Rossi ketika itu.

Tambah buruk, Rossi juga pernah menolak salam yang dihulurkan Marquez dalam situ sidang media yang berlangsung selepas perlumbaan Argentina tahun lalu.

Jelas Graziano, hanya ada satu cara sahaja dapat memperbaiki hubungan anaknya dengan Marquez.

“Saya rasa, kedua-dua mereka perlu naik podium bersama beberapa kali untuk memperbaiki hubungan ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, beliau menafikan bahawa anaknya akan bersara pada masa terdekat.

“Adik Rossi (Luca Marini) buat kesimpulan dia (Rossi) mungkin akan bersara pada usia 46 tahun (simbolik nombor jentera Yamaha yang ditunggang Rossi),” ujarnya

Komen anda