Rossi masih garang… 

222
PELUMBA Yamaha, Valentino Rossi disifatkan masih mampu mencabar kejuaraan MotoGP musim ini apabila menamatkan saingan pada kedudukan kelima selepas bermula di kedudukan ke-14 semasa Moto Grand Prix (GP) Qatar.
Malah pencapaian VR46 juga disifatkan lebih baik berbanding rakan sepasukannya, Maverick Vinales yang bermula dari kedudukan utama, namun menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
Pelumba Moto3 Scotland, John McPhee menyifatkan The Doctor berjaya menyesuaikan diri dengan teknologi motosikal pada setiap musim.
“Setiap tahun, dia sentiasa menjadi calon untuk merebut kejuaraan dunia, itu adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai pelumba lain.
“Begitupun Rossi perlu mengubah gaya perlumbaannya untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baru pada jenteranya.
“Saya yakin dia boleh melakukannya dan masih kompetitif dalam mencabar kejuaraan musim ini,” katanya sebagaimana dipetik di Daily Star.

Komen anda