Ryan pamer semangat melawan di Golf Antara Kolej Adidas

150

PEMAIN muda Malaysia, Ryan Fernandez mempamerkan aksi terpuji apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-19 daripada 104 peserta pada Kejohanan Golf Antara Kolej Adidas 2019 di Virginia, Amerika Syarikat yang berakhir Ahad (Isnin di Malaysia).

Pemain berusia 19 tahun itu yang sedang melanjutkan pengajian di Kolej Randolph Macon, mencatat satu atas par 73 di pusingan ketiga dan terakhir kejohanan berkenaan berlangsung di Dataw Island Club-Cotton Dike Course, sekali gus berkongsi di tempat ke-19, menurut laman web kolej tersebut; www.www.rmcathletics.com.

Dalam aksi berlangsung selama tiga hari itu, Ryan melakukan keseluruhan sembilan atas par 225, menyaksikan pasukan golf lelaki Randolph-Macon naik satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-13 dengan sejumlah 983 pukulan.

Ryan yang merupakan anak kepada presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, melakukan satu birdie dan 15 pukulan par untuk pusingan terendah kejohanan itu bagi “Yellow Jackets”.

Empat lagi rakan sepasukannya gagal menyinar pada kejohanan tahunan itu, dengan Trey Razzetti berkongsi di kedudukan ke-41 setelah melakukan 233 pukulan, Alex Nelson (berkongsi ke-46 – 235), Chase Childers (berkongsi ke-74 – 247) dan Christian Fagan di tempat ke-96 setelah mencatat keseluruhan 260 pukulan.

Cabaran seterusnya Ryan dan rakan sepasukan beliau adalah kejohanan Jemputan Marlin yang bakal berlangsung di Beechwood Country Club di Ahoskie, North Carolina.

Komen anda