‘Sabarlah dulu, Kane..’

821
TOTTENHAM Hotspur tidak akan terburu-buru untuk kembali menurunkan penyerang utamanya, Harry Kane yang kini dalam pemulihan daripada kecederaan buku lali.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino berkata, beliau tidak mahu tergesa-gesa menurunkan bintang utamanya itu kerana khuatir ia hanya akan membuatkan kecederaan yang dialami Kane bertambah serius, sekali gus merugikan pasukan.

“Dia (Kane) kini semakin baik. Kalau ikutkan dia memang mahu mempercepatkan proses pemulihannya. Dia begitu teruja untuk kembali beraksi lebih awal. Itu memang luar biasa.

“Namun, saya mahu dia pulih sepenuhnya terlebih dahulu. Dia semakin hampir untuk kembali bermain, tetapi tidak untuk aksi bertemu Leicester City (malam ini) dan Borussia Dortmund (Rabu).

“Kami akan terus memantau keadaannya sebelum membuat keputusan dia sudah boleh diturunkan atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun, Pochettino seakan-akan memberi bayangan penyerang kebangsaan England itu akan kembali beraksi dalam aksi bertemu Burnley 23 Februari nanti.

Komen anda