Salah mampu berada di mana sahaja

638

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah membuktikan bahawa dia mampu beraksi di mana-mana posisi apabila sentiasa tampil tajam dalam setiap perlawanan diharunginya bersama The Reds.

Sejak musim lalu Salah tidak lagi memainkan peranannya sebagai pemain sayap sebagaimana ketika dia bersama AS Roma, Fiorentina, atau Basel apabila dia pemain Mesir itu kini menjadi mesih pencetak gol buat Liverpool.

Salah menjadi antara penjaring terbanyak kedua di Eropah selepas Lionel Messi dengan 44 gol tahun lalu dan kini prestasinya masih berada ditahap terbaik.

Sehingga kini Salah telah meledakkan 18 gol untuk The Reds dalam semua pertandingan dengan kebanyakannya memainkan peranan baharunya sebagai penyerang tengah dan menurut data Whoscored, Salah telah bermain 14 kali sebagai penyerang utama dengan menjaringkan 15 gol.

Robbie Fowler, yang juga salah seorang penyerang legenda Liverpool menyifatkan Salah mampu memberikan jaminan gol buat The Reds, tidak kira di mana dia bermain.

"Rekodnya benar-benar hebat, apabila anda melihat dia bermain, anda akan menyedari bahawa dia sekurang-kurangnya akan membuat gol. Jika dia terus mencipta peluang, ia bermakna dia akan terus membuat gol.

"Cara dia bermain di sana (sebagai nombor 9) tidak mengejutkan saya kerana dia adalah seorang pemain yang hebat di mana sahaja dia berada. Pemain yang bagus boleh bermain di mana-mana dan dia mampu menunjukkan dirinya sebagai pemain yang hebat," ujar Fowler.

Komen anda