Sarri kecewa Chelsea kurang bersemangat

299
PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri nyata tidak dapat membendung amarahnya apabila menyifatkan barisan The Blues tidak bermotivasi ketika tunduk 2-0 kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, awal pagi semalam.
“Saya berang pendekatan yang pemain Chelsea amalkan hari ini, sedangkan pemain sedar mereka berdepan pasukan yang hebat.
“Mereka sentiasa menyukarkan kami, namun pemain Chelsea sepatutnya memberikan reaksi yang jauh lebih baik,” katanya kepada BT Sport
Bekas pengendali Napoli itu menambah menjadi tanggungjawab beliau menegur setiap pemain.
“Cara permainan Chelsea langsung tidak dapat diterima, sama seperti berdepan Tottenham.
“Kami sangkakan sudah menemui penyelesaian masalah pemain kurang bermotivasi, tapi sekali lagi ianya berlaku.
“Saya tidak kisah kami kalah, tapi saya amat kecewa kami kalah cara sebegini,” katanya.

Komen anda