‘Saya bertanggungjawab terhadap kekalahan Blues’

350

PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri berpotensi dipecat berikutan kekalahan memalukan 6 – 0 kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, awal pagi semalam.

Kekalahan itu menyaksikan The Blues gagal mengekalkan kelompok empat teratas liga teratas sekali gus memberi tekanan buat Maurizio Sarri apabila gagal bangkit daripada berdepan situasi sama ketika tewas 0-4 ke atas Bournemouth minggu lalu.

Memasuki bulan kedua 2019, Chelsea berdepan beberapa keputusan buruk yang membuat kedudukan Sarri semakin dihimpit dengan spekulasi mengenai kedudukannya dalam The Blues selepas mengalami kekalahan 0-2 kepada Arsenal pada akhir Januari lalu.

“Saya fikir itu benar (saya diperhatikan pengurusan kelab). Saya bertanggungjawab terhadap pasukan, jadi itu benar,” kata Sarri selepas tamat perlawanan.

“Saya tidak tahu (mengenai masa depan), anda perlu bertanya kepada kelab, namun saya lebih bimbang tentang prestasi pasukan kerana dalam bola sepak sentiasa ada risiko.

Selepas beberapa keputusan yang mengejutkan membelenggu berpengkalan di Stamford Bridge itu, Sarri kini dilihat berada dikedudukan teratas sebagai pengurus yang akan dipecat.

Komen anda