Saya minta maaf: BO55KU

7713

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih belum mendapat rentak tunggangan dengan jentera baharu pasukan Red Bull KTM Tech 3.

Pada saingan pembuka tirai 2019 – Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail awal pagi semalam, Hafizh Syahrin yang terkenal dengan gelaran BO55KU menamatkan perlumbaan di tempat tercorot dengan catatan masa 43 minit 20.144 saat (s).

“Alhamdullilah, saya dapat menamatkan perlumbaan pada pusingan pertama musim ini. Saya akui keputusan yang diperoleh bukan seperti yang disasarkan. Saya masih tidak dapat rentak dengan jentera ini. Ia amat sukar.

“Saya minta maaf kepada penyokong dan pasukan atas prestasi tidak memberangsangkan pada perlumbaan pertama ini. Saya amat menghargai sokongan anda,” katanya dalam akaun Instagram @hafizh_syahrin semalam.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dengan catatan masa 42:36.902s diikuti penyandang juara daripada Reposl Honda, Marc Marquez (42:36.925s) dan penunggang LCR Honda Castrol, Cal Crutchlow (42:37.222s).

Komen anda