Semangat Merah kekal di hati Schumacher..

232

LAGENDA Formula 1, Michael Schumacher akan sentiasa kekal sebagai ‘merah’ meskipun telah memenangi dua gelaran juara dunia pertama F1 dengan ‘kuning’ Benetton dan menamatkan kerjayanya di ‘perak’ Mercedes.

Itu antara pendirian yang diluahkan anaknya, Mick Schumacher ketika memberitahu Jennie Gow di Mobil1 The Grid, “Hatiku selalu merah dan selalu ada, Ini sesuatu yang saya rasa lebih selesa dan itulah sebabnya kami melahirkan keputusan itu.”

Pelumba berusia berusia 19 tahun itu berkata demikian selepas dilantik menyertai Akademi Pemandu Ferrari sebagai satu peranan yang mengagumkan bagi kempen Formula 2 2019 biarpun spekulasi mengaitkan debutnya bersama Alfa Romeo atau Ferrari semasa ujian Pemandu Muda.

Schumacher menjelaskan, “Pastinya, saya berharap mendapat pengetahuan tentang bagaimana F1 benar-benar berfungsi. Ia akan menjadi sesuatu yang sangat menarik bagi saya untuk menguji dan merasakan kelajuan serta pecutannya dan melihat bagaimana kemampuannya.

“Tetapi apa yang lebih penting adalah bagaimana untuk mengetahui cara bekerja dengan mereka yang berada di belakang saya dan memahami keseluruhan sistemnya. Itu akan menjadi sangat istimewa dan menarik kerana ia sesuatu yang baharu dan saya amat menanti-nantikannya,” jelasnya.

Begitupun Mick mengakui bahawa dia tidak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan F1 sebaliknya akan terus memberikan yang terbaik sebagaimana yang dilakukan sebelum ini dan terus menimba pengalaman dalam kategori pelumba muda.

“Walaupun kami kini berada di F2, yang merupakan satu langkah di belakang F1, namun proses pembelajaran itu adalah lebih penting untuk mengutip seberapa banyak pengalaman dan maklumat untuk dipraktikkan ketika berada di dalam kedudukan sebenar nanti,” katanya.

Komen anda