Serena kalah di tangan Federer

391
PERTEMUAN dua pemain tenis lelaki dan wanita terbaik dunia mengisi pentas saingan Piala Hopman.
Bekas pemain lelaki nombor satu dunia, Roger Federer menentang Serena Williams yang juga bekas pemain wanita nombor satu dunia.
Namun pertarungan itu bukan acara perseorangan sebaliknya acara beregu dengan Federer berpasangan dengan Belinda Bencic manakala Serena dengan Frances Tiafoe.
Tuah ternyata lebih memihak Federer dan Bencic dalam perlawanan itu apabila menang 4-2 dan 4-3 (5-3) sekali gus membawa Switzerland menewaskan Amerika Syarikat 2-1 untuk mara ke pusingan berikutnya.
Bercakap selepas perlawanan, Federer mengakui beliau sedikit gugup bertemu pemain sehebat Serena walaupun menang.
“Saya takut mengembalikan bola kerana servisnya begitu bagus dan membuatkan anda sukar membacanya.
“Ianya satu penghormatan kerana anda dapat bertemu seorang juara sejati. Dalam perlawanan ini saya dapat melihat betapa fokusnya dia (Serena) dan itulah yang membuatkan saya secara peribadi menyukainya sebagai pemain,” katanya.

Komen anda