Shahrul Zaman kekal kemudi Kesatuan Rabgi Malaysia

51

PRESIDEN Kesatuan Ragbi Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya berjaya mengekalkan jawatannya selaku Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) selepas menewaskan pencabarnya, Tan Sri Datuk Wira Abdul Halim Karim dalam pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Kompleks Sukan, Wisma OC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sharul Zaman yang meraih 24 undi membolehkan beliau mengekalkan jawatan berkenaan buat kali kedua berturut-turut bagi penggal 2019 hingga 2022.

Jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan perubahan apabila Velayuthan Tan tidak dicalonkan semula dan jawatan itu menjadi milik Amir Amri Mohamad, yang juga naib presiden KRM bagi penggal lepas.

Amir Amri yang juga Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu itu  mendapat 26 undian dalam persaingan satu lawan satu mengetepikan cabaran Presiden Kesatuan Ragbi Kelantan, Datuk Tamunif Mohktar (17 undi).

Sementara itu bagi dua jawatan Naib Presiden yang melibatkan pertandingan tiga penjuru menyaksikan penyandangnya, Raimi Mohd Yusof (21 undi) gagal mempertahankan kedudukannya apabila tewas kepada Mohamad Fahmy Abd. Jalil (37 undi) dan Mohd. Zaki Shahran (27 undi).

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Mohamad Fahmy dan Mohd Zaki dilantik sebagai Naib Presiden  KRM bagi sesi 2019/2022.

Selain itu, empat ahli jawatankuasa turut dipilih daripada 10 calon yang bertanding menyaksikan Lee Nyuk Fah sekali lagi diberi mandat mengetuai tanggung jawab itu dengan meraih undian tertinggi  31 undi.

Manakala tiga lagi muka baharu di barisi Dr Ahmad Naim Ismail (24 undi), Mohd Khairulnizam Mohd Isa (22 undi) dan Ahmad Effendy Abdul Razak (21 undi).

Semua undian dilakukan oleh 43 perwakilan dari 18 ahli gabungan dari seluruh negara.

Komen anda