Siapa individu berpengaruh taja Irfan berlatih di luar negara?

1263
FOTO SEKADAR HIASAN. KREDIT: FB IRFAN
ATLET lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin dilaporkan akan tetap menjalani latihan di Eropah meski pun sebelum ini hasratnya itu tidak dipersetujui Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Difahamkan, latihan di Republik Czech dan Turki itu akan diteruskan selepas atlet berusia 24 tahun menerima tajaan daripada individu yang memiliki pengaruh besar.

Memetik laporan Stadium Astro, Irfan akan berlepas ke Eropah esok dan dijangka akan mengadakan sidang media sebelum berlepas.

Antara jangkaan intipati sidang media itu ialah pendedahan mengenai perkara sebenar, selain beliau juga akan mendedahkan dari mana datangnya dana untuk beliau berlatih di luar negara.

Terdahulu, Irfan pernah memuat naik gambarnya bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Instagram. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan adakah TMJ merupakan individu berpengaruh yang dimaksudkan itu.

Komen anda