Singa Utara kempunan beraksi di laman sendiri..

2530
Perlis akur belum dapat merasmikan aksi laman sendiri musim ini. FOTO: NORTHERNLIONS PERLIS
HASRAT Perlis untuk beraksi di laman sendiri buat kali pertama dalam saingan Liga Premier musim ini tidak kesampaian apabila gelanggang asal perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT II) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra, Jumaat ini telah ditukar di saat-saat akhir

Menurut satu jadual terbaharu yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), aksi tersebut terpaksa dipinda Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Bagaimanapun, pentadbir Liga Malaysia itu tidak menjelaskan atau memberi kenyataan mengenai punca pertukaran gelanggang tersebut.

Skuad Singa Utara menerusi satu hantaran di Facebook rasminya kelihatan akur dengan pindaan tersebut memandangkan ianya terpaksa dilakukan kerana masalah teknikal stadium di Kangar itu.

“Disebabkan proses baik pulih masalah lampu limpah, perlawanan ketiga Liga Premier menentang JDTII terpaksa di tukar ke Pasir Gudang.

“Tarikh dan waktu perlawanan kekal pada 15 Februari 2019 jam 9.00 malam,” tulis hantaran di Northernlions Perlis.

Komen anda