Siri Final FIH: Malaysian Tigress kejutkan Republik Czech

160
Foto: FB MHC

MALAYSIAN Tigress mempamerkan kelas tersendiri apabila menjinakkan Republik Czech 3-1 dalam saingan pusingan Siri Final FIH di Banbridge, Ireland Utara, hari ini bagi menempah slot playoff.

Tampil dengan misi keputusan seri sudah memadai untuk memastikan kemaraan negara skuad negara kendalian Dhaarma Raj Abdullah yang berkedudukan ranking k-19 dunia mula mengasak sebaik wisel bermula mendominasi sebahagian besar aksi terakhir Kumpulan A berkenaan.

Pemain tengah, Wan Norfaiezah Saiuti meletakkan Tigress di depan pada minit ke-28 selepas pertahanan negara Eropah Timur itu gagal mengeluarkan bola yang terbias terkena kayu Hanis Nadiah Onn untuk disambar Wan Norfaiezah.

Lawan yang berkedudukan ranking ke-16 dunia tidak mengalah kembali mengikat semula perlawanan pada minit ke-47 hasil jaringan Adela Lehocvoca.

Namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila penyerang Tigress Fazilla Sylvester Silin hanya memerlukan beberapa saat untuk kembali meletakkan negara di depan sebelum Fatin Shafika Mahd Sukri melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-54.

Komen anda