Skuad B-18 negara tewas lagi

68
KETUMPULAN jentera serangan terus menjadi punca utama kekalahan skuad negara bawah 18 (B-18) pada saingan Piala Sanix di Global Arena, Fukuoka, Jepun apabila tumpas kepada pasukan Sekolah Tinggi Ohzu dengan jaringan 1-0 pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan hari ini.

Skuad negara bermain agak baik jika di bandingkan dengan dua aksi terdahulu apabila terlebih dahulu melakukan percubaan melalui penyerang, Luqman Hakim Shamsudin namun tersasar melewati palang gol.

Seterusnya, pada minit ke 34, tandukan pemain negara berjersi nombor 5, Muhamad Aikmal Roslan nyaris menghasilkan gol pertama negara namun sekali lagi sekadar melewati palang gol.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan Sekolah Tinggi Ohzu berjaya menghasilkan gol melalui sepakan deras Ren Uetsuka yang tidak berjaya di selamatkan kapten pasukan, Firdaus Irma sehingga menyebabkan keputusan itu kekal sehingga ke minit akhir perlawanan.

Pengendalinya, Bojan Hodak mengakui masalah utama skuad negara kali ini adalah kerana ketumpulan barisan serangan negara yang masih belum mampu menghasilkan sebarang gol setelah mengharungi tiga perlawanan meskipun berlaku peningkatan positif dari sudut corak permainan.

Begitupun katanya, pujian seharusnya di berikan kepada penjaga gol negara, Firdaus Irman yang bermain dengan cemerlang sepanjang tiga perlawanan sebelum ini.

“ Ini ada masalah utama apabila sudah 3 perlawanan dan masih tiada sebarang jaringan gol. Pada babak pertama kita memiliki 2/3 peluang walaupun pihak lawan kita adalah salah satu team terbaik di Jepun.

“Jika anda lihat secara teknikal kami bermain dengan sangat baik tetapi kita gagal menyempurnakan peluang yang ada. Kami tiada pemain seperti Akhyar dan Hadi yang boleh menjaringkan gol.

“Kami mempunyai benteng yang baik tetapi masih lagi kekurangan posisi yang tetap. Pujian harus diberikan kepada penjaga gawang Firdaus Irman yang beraksi cemerlang.Jika kamu lihat berapa peluang yang kita miliki tetapi masih tiada jaringan.

“Permainan hari ini tidak terlalu berintensiti tinggi seperti dua perlawanan sebelum ini seperti yang saya beritahu bola sepak memerlukan jaringan untung menang,” jelasnya selepas tamat perlawanan.

Untuk rekod, penyertaan pasukan negara untuk pertandingan di sini di taja sepenuhnya oleh Yakult Malaysia.

Komen anda