Solskjaer miliki aura tersendiri…

2628
PRESTASI Manchester United disifatkan menyamai seperti ketika dilatih Sir Alex Ferguson sejak kehadiran Ole Gunnar Solskjaer apatah lagi pengurus sementara The Red Devils itu mempunyai gaya tersendiri.

Sejak mengemudi United, Solskjaer mengharungi 18 perlawanan dalam semua pertandingan dengan meraih 14 kemenangan, dua seri dan dua kekalahan dengan menyaksikan kelab itu kini beraksi dengan lebih agresif selain memiliki serangan berbahaya.

Pembantu Solskjaer, Michael Carrick, mengulas gaya latihan Solskjaer menyamai Ferguson.

“Dia mempunyai idea dan keputusannya sendiri, Bos (Sir Alex) mempunyai pengaruh kepadanya serta pengaruhnya terhadap saya.

“Anda mempunyai banyak pengaruh selama bertahun-tahun, jadi terdapat banyak persamaan, tetapi dia mempunyai rancangan serta keputusannya sendiri, dan dia melakukan dengan caranya dan saya tidak akan bersikap tidak adil kepadanya.

“Bos adalah bos, kita semua tahu bahawa dia ada caranya tertentu, Solskjaer mendapat banyak pujian untuk kedudukannya sekarang,” katanya.

Meskipun Solskjaer dan United sangat serasi namun status bekas pengendali berusia 47 tahun itu untuk menjawat jawatan selaku pengurus tetap The Red Devils masih samar-samar pada akhir musim dan Carrick mahu pengurus Norway itu untuk kekal dalam tugasnya.

“Dia mesti bertahan kerana saya perlu berpegang pada kerja saya, saya tidak fikir anda akan menemui peminat atau pemain Manchester United yang jujur ​​akan mengatakan sebaliknya,” katanya.

Komen anda