Solskjaer barakan kembali semangat Pogba

364

PAUL Pogba terus menampilkan aksi mengagumkan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer apabila melonjakkan Manchester United untuk berada di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada aksi di Craven Cottage Sabtu lalu, United tidak berdepan masalah mengatasi cabaran Fulham 3-0 dengan Pogba menjaringkan dua gol selain satu jaringan dihasilkan Anthony Martial.

Kemenangan itu meletakkan United di tangga keempat dengan 51 mata dengan disokong dengan kekalahan 6-0 Chelsea kepada Manchester City di Stadium Etihad awal pagi semalam.

United kini berada dalam trend terbaik dengan sembilan perlawanan terakhir Liga Perdana, The Red Devils tidak pernah tumpas selepas melakarkan lapan kemenangan dan satu seri.

Malah Pogba turut memainkan peranan besar dalam kejayaan United apabila pemain tengah Perancis itu telah menjaringkan lapan gol dan lima bantuan gol dalam kesemua aksi terakhir Manchester United.

Inilah adalah kali pertama United berada dalam kelompok empat terbaik sejak saingan EPL membuka tirainya 8 Ogos tahun lalu yang menyaksikan kedudukan The Red Devils sebelum ini sentiasa berubah-ubah.

“Ole telah membantunya, 100 peratus. Dia memberi keyakinan dan kepercayaan kepada Pogba untuk bermain dengan caranya sendiri dan kita semua tahu apa yang dia mampu lakukan.

“Saya dapat melihat sepenuhnya kemajuan dan kemampuan Pogba, saya sudah bermain bersama-samanya sejak dalam akademi dan dia kembali menjadi seorang pemain kita semua tahu kehebatannya,” kata rakan sepasukannya, Jesse Lingard.

Komen anda