Syahmi, Nik Akif galas misi sama

1047
TONGGAK utama Harimau Malaya yang membarisi skuad bawah 23 tahun negara, Syahmi Safari bersedia membalas kepercayaan pengurusan dengan memberikan aksi terbaik memastikan kemenangan pada aksi menentang Filipina di Stadium Shah Alam, malam esok.
Ujarnya, peluang diberikan Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee akan dimanfaatkan sepenuhnya dan yakin rakan sepasukan yang lain juga bersedia meraih kemenangan pertama.
“Saya kena ambil peluang yang diberikan dan memberikan aksi terbaik buat pasukan, berhadapan Filipina kami percaya peluang untuk meraih tiga mata mampu tercapai berdasarkan persediaan terbaik bagi kejohanan ini,” jelasnya.
Ditanya mengenai tekanan dirasai susulan kekalahan skuad senior pada kejohanan Piala Airmarine 2019, pertahanan Selangor ini percaya ia tidak memberikan tekanan buat dirinya dan rakan sepasukan.
“Rasanya tiada tekanan, kami perlu mengikuti segala perancangan jurulatih dan memberikan aksi yang terbaik,” tegasnya yang turut mengharapkan sokongan padu penyokong Malaysia.
Sementara itu, Nik Akif Syahiran Nik Mat pula mengakui corak permainan yang bakal dipamerkan Filipina pastinya berbeza dan pasukan perlu bersedia menghadapinya.
“Saya mengharapkan tersenarai sebagai kesebelasan utama dan iningin membuktikan kepada jurulatih pemilihan kami adalah berbaloi, mengenai corak permainan lawan ia pastinya berbeza.
“Jika sebelum ini kami menentang Australia pada perlawanan persahabatan tapi kali ini Filipina pastinya berbeza dan kami perlu mencari tiga mata,” ujar pemain pasukan Kelantan itu.

Komen anda