Tahniah buat JDT

96

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan tahniah kepada Pemangku Raja Johor DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan seluruh warga JDT atas perasmian ibu pejabat baru, JDT HQ.

Ujarnya, di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kelab Bolasepak Johor dan seluruh warga JDT di atas kejayaan pembinaan dan perasmian JDT HQ hari ini.

“JDT HQ dan yang bakal siap, Stadium Sultan Ibrahim iaitu dua perkara yang kini menjadi kebanggan negeri Johor terutama dalam memartabatkan lagi mutu bola sepak di peringkat tempatan atau negeri.

“Dengan adanya standard ibu pejabat empat tingkat bersebelahan stadium yang mampu memuatkan 40,000 penyokong itu secara tidak langsung mampu menaikkan lagi taraf dan kualiti pengurusan pemain negeri yang kemudiannya mampu menyumbang kepada negara,” katanya.

Majlis perasmian yang mula menerima kehadiran jemputan jam 8.30 pagi tadi meriah dengan gimik pelancaran serta upacara menandatangani plak oleh Pemangku Raja Johor DYAM Tunku Ismail.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Presiden PBNJ, Datuk Ismail Karim.

Selepas upacara menandatangani plak, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan persembahan video montaj sebelum disusuli lawatan di sekitar ibu pejabat dan santapan makan tengahari.

Komen anda