Tahniah Harimau Malaya, terima kasih pasukan negeri, kelab serta Ultras Malaya

75
Hamidin Mohd Amin

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya selepas selepas skuad negara layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023, September depan.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat Harimau Malaya atas kemenangan kedua dan layak ke peringkat seterusnya.

“Saya juga berterima kasih kepada pasukan negeri dan kelab yang mewakilkan pemain masing-masing berjuang demi lencana di dada.

“Paling utama, terima kasih saya ucapkan kepada pemain dan pegawai rasmi skuad kebangsaan yang sanggup berjuang pada minggu Hari Raya ini.

“Jutaan terima kasih juga buat Ultras Malaya serta penyokong Harimau Malaya yang hadir di stadium mahupun di rumah yang tetap memberi sokongan padu walau di mana berada,” katanya dipetik dari FB FAM.

Pada malam semalam, skuad kendalian Tan Cheng Hoe menundukkan Timor Leste 5-1 pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang sebelum itu ditewaskan 7-1 pada Jumaat lalu untuk mara ke pusingan seterusnya dengan agregat 12-2.

Harimau Malaya layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 membabitkan 40 pasukan terbaik Asia yang dibahagikan kepada lapan kumpulan (lima pasukan setiap kumpulan) yang mana undian kelayakan dijadualkan berlangsung pada 17 Julai ini.

Pusingan kelayakan akan berlangsung selama sembilan bulan dengan melibatkan 10 hari perlawanan bermula 5 September 2019 sehingga 9 Jun 2020

Komen anda