Tamparan buat Kim Swee

3184

SKUAD Bawah 22 (B-22) negara kendalian Datuk Ong Kim Swee kempunan untuk mendapatkan khidmat pertahanan Selangor, Muhammad Syahmi Safari bagi menghadapi Kejuaraan B-22 Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Phnom Penh, Kemboja bermula 17 hingga 26 Februari ini.

Difahamkan pengendali Selangor, B Sathianathan tidak bersedia melepaskan tonggak tengah Merah Kuning itu dengan alasan The Red Giants bakal berdepan aksi penting Liga Super dalam tempoh kejohanan itu berlangsung.

“Jika pemain lain juga boleh dikecualikan kerana diperlukan pasukan mereka, Selangor pun begitu amat memerlukan khidmat Syahmi.

“Pada masa sama dia juga baru sahaja pulih daripada kecederaan harmstring dan hanya diturun dipenghujung separuh masa kedua ketika menentang Felda United tempoh hari. Keadaan itu juga membuatkan saya sedikit bimbang,” katanya.

Selangor bakal berdepan dua perlawanan penting dalam tempoh berkenaan iaitu menentang PKNS dan Pahang, jadi khidmat Syahmi amat diperlukan skuad Red Giants itu memandang pertahanan berusia 21 tahun itu antara tonggak utama pasukan.

Sebelum ini Kim Swee menyenaraikan 26 pemain termasuk 11 muka baharu menjalani latihan pusat di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula 10 Februari ini.

Komen anda