Tebrau City BC lega atasi Kepong BC

190
Beregu lelaki Tebrau City BC, Lee Jian Yi- Lim Zheng Ting turut beraksi mengecewakan gandingan Kepong BC, Muhd Nuraidil Adha- Tee Kai Wun Tee.
Tebrau City BC menang dalam acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, R. Satheistharan menang 3-1 (11-5, 11-10, 7-11, 11-4) mengatasi Kepong BC, Yan Runze.

KELAB Badminton Tebrau City (Tebrau City BC) membalas dendam ke atas Kepong BC apabila mengatasi kelab itu dalam saingan SS Purple League (SSPL) peringkat kedua Kumpulan B dengan keputusan 12-6 di Gem In Mall semalam sekali gus membuka peluang Tebrau City BC untuk ke pusingan akhir apabila kian kukuh di kedudukan kelima SSPL.

Penolong Pengurus Tebrau City BC, Lim Kenn berkata, “Kami tak sangka untuk menang kerana sasaran awal hanyalah mengurangkan jurang kekalahan kepada Kepong BC. Lagipun kami kalah semasa peringkat pertama SSPL kepada Kepong BC.

“Saya sangat lega dengan kemenangan ini dan esok kita kena fokus semula untuk satu lagi aksi bertemu Bukit Mertajam All Stars BC. Perlu berhati-hati dengan perlawanan itu untuk memperoleh satu lagi kemenangan,” kata Lim.

Tebrau City BC menang dalam acara perseorangan lelaki apabila pemainnya, R Satheistharan menang 3-1 (11-5, 11-10, 7-11, 11-4) mengatasi Kepong BC, Yan Runze.

Apapun, pemain perseorangan wanita Kepong BC, Qin Jin Jing bangkit semula dalam acara perseorangan wanita apabila mengatasi Rusydina Antardayu 3-0 (11-6 11-2 11-4).

Kedudukan Tebrau City BC semakin kukuh menjadi 6-4 apabila mereka turut memenangi acara beregu lelaki menerusi gandingan Lee Jian Yi- Lim Zheng Ting yang mengecewakan gandingan Kepong BC, Muhd Nuraidil Adha- Tee Kai Wun Tee 3-0 (11-5, 11-9, 11-9).

Keadaan bertambah selesa buat Tebrau City BC dalam acara beregu campuran apabila turut meraih kemenangan percuma 3-0 setelah Kepong BC tidak dapat menurunkan pasangan mereka.

Satu lagi acara perseorangan lelaki menyaksikan Tebrau City juga menang apabila pemain utamanya, Yeoh Seng Zoe menang tipis 3-2 (11-9, 11-7, 8-11, 6-11, 9-8) dalam tempoh 30 minit ke atas Lim Chi Wing tadi.

Pada sebelah petangnya, Serdang BC kembali menghidupkan peluang untuk mara ke Pusingan Akhir SS Purple League (SSPL) 2018/19 selepas menewaskan Bandar Maharani BC 12-4 dalam perlawanan peringkat kedua SSPL dalam Kumpulan A.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi Serdang BC yang kini berada di kedudukan keenam SSPL dan berpeluang cerah untuk mara ke peringkat kalah mati.

Beregu lelaki Tebrau City BC, Lee Jian Yi- Lim Zheng Ting turut beraksi mengecewakan gandingan Kepong BC, Muhd Nuraidil Adha- Tee Kai Wun Tee.

Komen anda