Terbuka Indonesia: Kian Meng, Pei Jing mara separuh akhir

116

PASANGAN beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meneruskan kecemerlangan mereka apabila menumpaskan lawan dari England untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Jakarta semalam.

 

 

Pasangan bukan pilihan yang mengejutkan pasangan pilihan ke-lima Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia dalam pusingan kedua kelmarin, bagaimana terpaksa bermain dalam perlawanan rubber-set hari ini sebelum berjaya menewaskan pasangan suami isteri Chris dan Gabrielle Adcock dari England; 21-15, 14-21 dan 21-15 dalam perlawanan suku akhir di Istora Senayan, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

 

 

Satu lagi pasangan campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, bagaimanapun terkeluar dari pertandingan selepas kalah 4-21 dan 15-21 kepada pilihan kedua Wang Yilyu-Huang Dong Ping dari China dalam satu lagi saingan peringkat suku akhir.

 

 

Sementara itu cabaran pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia turut berakhir selepas beliau dikalahkan oleh Anders Antonsen dari Denmark dengan 16-21 dan 11-21.

 

 

Kelmarin pemain berumur 21 tahun itu mengejutkan ramai apabila beliau menewaskan juara bertahan Olimpik, Chen Long dari China dalam saingan pusingan kedua kejohanan.

Komen anda