Terbuka Indonesia: Liew Daren akur Momota dalam kelas tersendiri

57

PEMAIN ersorangan lelaki negara, Liew Daren terpaksa akur dengan kehebatan pemain pilihan pertama, Kento Momota pada aksi pusingan pertama badminton Terbuka Indonesia semalam.

 

 

Dalam aksi di Stadium Istora Senayan, Liew Daren, 31, tewas kepada pemain Jepun berusia 24 tahun itu dengan straight set 20-22, 14-21.

 

 

“Pada set pertama saya mendahului 10-4, tapi Kento ternyata pemain yang hebat,” kata Liew Daren.

 

 

Dalam acara beregu wanita, dua beregu negara berjaya melangkah ke pusingan kedua, selepas menewaskan lawan masing-masing.

 

 

Pasangan wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen tewaskan pasangan India, Ashwini Ponnappa-Reddy N. Sikki 22-20, 20-22, 22-20, manakala satu lagi pasangan wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kalahkan pasangan Indonesia, Yulfira Barkah-Jauza Fadhila Sugiarto 21-16, 21-16.

 

 

Bagaimanapun dua beregu lelaki negara tewas dalam aksi pusingan pertama.

 

 

Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen 19-21, 21-15, 21-9, manakala satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani tewas kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, 19-21, 21-18, 19-21.

 

 

Dalam lagi satu aksi, pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menewaskan pasangan China, Lu Kai-Chen Lu 23-21, 21-13.

Komen anda