Terbuka Indonesia: Peng Soon, Liu Ying lepasi halangan pertama 

60
Foto: Stadium Astro

PASANGAN beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa beraksi dalam tiga set bagi menewaskan beregu muda Indonesia di Badminton Terbuka Indonesia 2019 hari ini.

Dalam aksi 49 minit di Stadium Istora Senayan, pilihan kelima kejohanan itu menewaskan pasangan Ronald Ronald-Annisa Saufika 16-21, 21-7, 21-11.

“Mungkin ini perlawanan pertama, masih mencari rentak, tewas set pertama, tapi kami berjaya mengawal permainan selepas itu,” kata Liu Ying.

Naib juara edisi 2018 yang menyasarkan muncul juara edisi kali ini, bakal berhadapan dengan pasangan beregu campuran dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung, pada pusingan kedua nanti.

KEPUTUSAN HARI KEDUA

Beregu Lelaki (Pusingan pertama):

Wahyu Nayaka Pangkaryanira-Ade Yusuf Santoso (INA) mn Chooi Kah Mingow Nuan Shen (MAS) 21-15, 21-18

Hitoyuki Endo-Yuta Watanabe (JPN) mn Ong Yew Sin-Teo Ei Yi (MAS) 17-21,21-15, 21-16

Perseorangan Lelaki (Pusingan pertama):

Lee Zii Jia (MAS) mn Khosit Phetpradab (THA) 21-14, 21-13.

Perseorangan Wanita (Pusingan pertama):

Soniia Cheah (MAS) mn Chai Yan Yan ( CHN) 21-8, 21-17.

Beregu Campuran (Pusingan pertama):

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (MAS) mn Ronald Ronald-Annisa Saufika (INA) 16-21, 21-7, 21-11.

Beregu Campuran (Pusingan pertama):

Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie (MAS) mn Kohei Gondo-Ayane Kurihara (JPN) 21-12, 21-8.

Beregu Lelaki (Pusingan Pertama):

Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JEPUN) mn Goh V Shem-Tan Wee Kiong (MAS) 17-21, 21-19, 21-14.

Komen anda