Terbuka Indonesia: Zii JIa jinakkan Chen Long

260

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii JIa mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long pada Pusingan Kedua Terbuka Indonesia di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, hari ini.

Tampil dengan status pemain perseorangan nombor satu negara, Zii JIa berusia 21 tahun itu terlebih dulu mengejutkan jagoan Tembok Besar China berkenaan dengan kemenangan 21-16 sebelum pengalaman Chen Long mengheret perlawanan ke set penentuan setelah bangkit mengatasi lawannya 19-21 pada set kedua.

Pada set penentuan Zii JIa yang tampil lebih tenang dan agresif menjinakkan lawannya itu yang juga pemain pilihan kejohanan 22-20 untuk menentang Anders Antonsen dari Denmark pada peringkat seterusnya.

Antonsen yang pernah menewaskan Zii Jia pada suku akhir Masters Indonesia sebelum ini mara selepas lawannya pilihan kedua Shi Yuqi terpaksa menarik diri.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai turut mara ke suku akhir selepas mengejutkan pilihan keenam dan wakil tuan rumah, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja 21-15, 21-18.

Beregu campuran senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, turut mara ke pusingan seterusnya apabila dengan mudah menyingkirkan pilihan kelapan, Tan Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong dalam straight set 21-15, 21-14.

Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, selaku pilihan kelima, turut mengesahkan tempat di suku akhir apabila mengalahkan pasangan Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung 21-19, 21-15.

Dalam pada itu, cabaran negara dalam acara perseorangan dan beregu wanita berakhir di pusingan kedua apabila pemain perseorangan, Soniia Cheah tewas kepada pemain nombor tiga dunia, Nozomi Okuhara dari Jepun dengan keputusan 21-7, 21-16.

Beregu Mei Kuan-Lee Meng Yean turutr mengalami nasib sama apabila kalah 21-13, 21-12 kepada satu lagi beregu Jepun, Matsutomo-Ayaka Takahashi yang merupakan pilihan ketiga kejohanan.

Satu lagi beregu negara, Vivian Hoo Kah Mun-Yap Cheng Wen tersekat ke pusingan seterusnya apabila memberi tentangan sengit sebelum kalah 21-19, 12-21, 10-21 kepada beregu Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan.

Komen anda