Terbuka Jepun: Langkah Peng Soon, Liu Ying tersekat

81

RENTAK cemerlang gandingan beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terhenti apabila tewas di separuh akhir Terbuka Jepun, semalam.

 

Pasangan negara yang kini menduduki ranking kelima dunia gagal menyaingi ketangkasan pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping apabila tewas 21-10, 21-6.

 

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil itu tewas kali kedua kepada pasangan China itu selepas pertemuan di separuh akhir Terbuka Indonesia, minggu lalu.

 

Peng Soon-Liu Ying akan meneruskan pemburuan mata untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo apabila beraksi di Terbuka Thailand, bermula Selasa ini.

 

Pasangan negara itu akan berdepan gandingan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa pada pusingan pertama.

Komen anda