Terbuka Jepun: Peng Soon, Liu Ying tiada masalah mara separuh akhir

68

BEREGU campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke saingan separuh akhir Terbuka Jepun selepas melakar kejutan dengan menumpaskan pilihan ketiga dan wakil tuan rumah, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, semalam.

 

 

Gandingan negara yang beraksi selaku pilihan kelima itu, bagaimanapun diberi tentangan sengit sebelum berjaya menumpaskan pasangan ranking ketiga dunia itu dengan keputusan 21-18, 22-20 pada aksi suku akhir.

 

 

“Sangat berpuas hati dengan persembahan hari ini walaupun dua set tersebut mengambil masa hampir satu jam. Ketika mendahului, memang ada rasa berdebar sikit sebab kalau tidak menang, seolah bagi laluan mudah pula kepada mereka,” kata Liu Ying ketika dihubungi.

 

 

Gandingan negara itu bakal berdepan pilihan kedua dari China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dalam saingan separuh akhir hari ini.

 

 

“Selepas ini akan main dengan dengan pasangan China dan haraplah boleh menang. Tapi paling penting kita hendak beri aksi paling terbaik,” katanya.

 

 

Terdahulu, gandingan Yi Lyu-Dong Ping menewaskan pasangan bukan pilihan dari Jerman, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dengan 21-10, 21-18.

Komen anda