Terbuka Malaysia: Chong Wei dinasihat tarik diri

1623

KELIBAT jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak akan kelihatan di pentas Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata yang dijadualkan berlangsung di Arena Axiata dari 2 hingga 7 April depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan medianya hari ini memaklumkan tahap kesihatan penyandang juara itu berada dalam baik susulan rawatan di Taiwan.

Namun atas faktor mahu memberikan tekanan kepada pemain berusia 37 tahun itu, Chong Wei dinasihatkan untuk menarik diri dari kejohanan berkenaan.

“Keutamaan BAM adalah memastikan tahap kesihatan Chong Wei berada dalam keadaan terbaik. Kami juga berharap semua pihak memberi ruang dan masa kepadanya untuk proses pemulihan sepenuhnya,” kata dalam kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, Chong Wei juara 12 kali Terbuka Malaysia sebelum ini berehat panjang kerana menjalani rawatan kanser hidung di Taiwan sejak Julai tahun lalu.

Dalam undian Terbuka Malaysia 2019, Chong Wei dijadualkan berdepan pemain nombor satu India, K Srikanth pada pusingan pertama.

Skuad badminton negara kini pastinya mengharapkan pemain muda seperti Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven untuk menyinar buat negara dalam kejohanan yang menawarkan hadiah AS$700,000 (RM2.853 juta) selepas Chong Wei tidak mempertahankan kejuaraannya.

Untuk rekod, anak jati Pulau Pinang itu muncul juara pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011,2012, 2013, 2014, 2016 dan 2018.

Komen anda