Terbuka Malaysia: Tiada wakil negara di pentas final

119

CABARAN negara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2019 berakhir selepas beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tersungkur dalam saingan separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Kian Meng-Pei Jing yang menjadi satu-satunya wakil negara beraksi di pentas separuh akhir tewas straight set 13-21, 17-21 di tangan gandingan China, Wang Yilyu-Huang Dongping.

Keputusan itu menyaksikan Kian Meng-Pei Jing masih gagal menamatkan badi kekalahan kepada pilihan kedua kejohanan itu selepas tewas dalam kesemua lima pertemuan sebelum ini.

Dengan berakhirnya perjuangan barisan pemain negara pada Terbuka Malaysia 2019, mereka kini akan mengalihkan fokus bagi menghadapi Terbuka Singapura yang bermula Selasa ini.

Komen anda