Terbuka Taiwan: Zii Jia bermula langkah kanan

94

JUARA bertahan, Lee Zii Jia memulakan misi mempertahankan kejuaraannya langkah kanan Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan selepas menewaskan pemain tuan rumah, Hsueh Hsuan Yi 21-7 21-17 dalam masa 29 minit semalam.

 

 

Jaguh perseorangan negara itu bakal menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito pada pusingan kedua bagi perebutan slot suku akhir hari ini.

 

 

Zii Jia yang mempamerkan aksi bertenaga di Kejohanan Dunia Basel baru-baru ini pada edisi lalu muncul juara selepas menewaskan pemain tuan rumah, Chou Tien Chen.

 

 

Turut mara, Cheam June Wei yang menewaskan pemain Indonesia, Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa 21-19, 21-15.

 

 

Pemain profesional negara, Liew Daren turut mengiringi dua pemain itu apabila mengalahkan pemain  Jepun, Yu Igarashi 21-18, 21-18.

Komen anda