Terbuka Thailand: Pengalaman pisahkan Tien Chen, Zii Jia

78

Foto: FB BAM

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menerima hakikat pengalaman memisahkan beliau dengan Chou Tien Chen apabila tewas kepada pemain Taiwan itu pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok hari ini.

 

 

Tien Chen selaku pilihan ketiga dunia dan diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan menang dengan 21-14, 22-20 dalam masa 45 minit.

 

 

Atas kemenangan itu, Tien Chen selaku pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 melebarkan rekod kemenangannya ke atas Zii Jia kepada tiga dan kalah dua kali.

 

 

Pemain berusia 21 tahun itu ialah satu-satunya wakil Malaysia yang mara ke separuh akhir.

 

 

Semalam, pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah disekat oleh pilihan keempat dunia dan pilihan utama Chen Yu Fei dari China, yang menumpaskan lawannya itu 21-15, 21-8 dalam masa 41 minit pada suku akhir.

 

 

Pasangan beregu profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga menerima nasib sama apabila tumpas kepada beregu dari China, Li Jun Hui-Liu Yu yang juga pilihan ketiga 16-21, 19-21.

Komen anda