Tiada tekanan buru kejuaraan, hanya bantu Liverpool kembali cemerlang

316
 JUERGEN Klopp tidak menolak keinginan memenangi trofi bersama Liverpool, namun pengurus berusia 51 tahun itu enggan meletak kehidupannya terlalu bergantung kepada pemburuan gelaran juara.

Klopp yang memasuki musim ketiga bersama Liverpool selepas dilantik pada Oktober 2015 mengembalikan prestasi The Reds untuk berada dalam kelompok terbaik liga selepas beberapa tahun mengharungi musim suram.

Sejak dua musim Klopp membawa Liverpool di kelompok empat teratas  termasuk layak ke Liga Juara-Juara, namun masih gagal menjulang sebarang piala walaupun tiga kali melangkah ke final – Piala Liga Inggeris, Liga Europa (2016) dan Liga Juara-Juara musim lalu.

Penyokong Reds tentunya tidak sabar melihat Klopp mengangkat trofi terutamanya Liga Perdana dan peluang terbesar adalah pada musim ini ketika mereka bersaing dengan Manchester City di puncak liga apabila hanya ketinggalan satu mata selain layak ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Mengulas tekanan yang semakin memuncak untuk memenangi piala itu, Klopp sebaliknya mendakwa dia tidak bimbang kerana trofi lebih bermakna bagi pemain dan juga penyokong, sedangkan baginya hanya pertimbangan Tuhan yang penting di matanya.

“Anda boleh membayangkan betapa saya tidak berminat dengannya (termasuk dalam buku sejarah Liverpool). Tugas saya memastikan dapat membantu Liverpool berjaya, saya tidak sabar untuk diingat selama 50 tahun atau apa sahaja peluang.

“Saya benar-benar menghormati keinginan pemain dan penyokong, dan saya boleh menjadi sebahagian itu, saya boleh menjadi sebahagian impian mereka, tetapi akhirnya saya bukan untuk saya, tetapi bagi mereka.

“Saya tidak berminat dengan penghakiman, biarlah Tuhan menilai saya suatu hari dan itu semua yang saya fikirkan. Saya sama sekali tidak berminat dengan apa yang dikatakan orang di luar sana,” ujarnya.

Komen anda